Krim Mutiara Bumi - pemerhatian khasiat dan punca sakit kulit
Krim Mutiara Bumi ini yang telah terbukti berjaya dgn
izinNya mengubati pelbagai jenis sakit di kulit yang berasal dari dalam tubuh
atau dari luar. Berikut adalah antara rumusan dari pemerhatian dan andaian saya
sahaja ( yang bukan ahli perubatan, mungkin betul dan mungkin tidak) setelah lebih dari 8 tahun diguna uji atas
diri sendiri,keluarga, jiran dan kawan-kawan terdekat.
Sakit kulit yang berpunca dari dalam tubuh seperti elergic kepada makanan
laut seperti udang, sotong, ketam dll atau darah kotor akan menyebabkan bahagian
kulit tertentu yang lemah, gelembung mengandungi air bisa yang menyebabkan gatal apabila di garu mengeluarkan
air bisa. Ianya mungkin antara cara tubuh mengeluakan toksin dari dalam darah keluar
melalui kulit yang lemah. Jika dibiarkan ia akan terdedah kepada jangkitan kuman dari luar pula yang akan menyebabkan
tempat luka bernanah dan bengkak.
Sakit kulit yang berpunca dari luar pula adalah dari
jangkitan kuman, bakteria, fungus dan hama menyebabkan kulit yang dijangkiti berair,
gatal, berkudis, bernanah dan bengkak kesan darinya. Jika dibiarkan jangkitan
akan merebak, bernanah, bengkak dan gatal.
Sakit kulit yang berpunca dari luar juga adalah seperti luka daripada benda
tajam seperti pisau, duri atau gigitan serangga dsbgnya. Jika dibiarkan akan dijangkit
oleh kuman dari luar akan menyebabkan luka menjadi bernanah, bengkak dan
mungkin gatal. Begitu juga jika terkena air, minyak, getah atau besi panas yang
menyebabkan kulit di melecur, bernanah dan bengkak.
InsyAllah dalam semua keadaan tersebut telah diuji guna krim
ini sangat berkesan, ada yang segera dan ada yang agak lambat sehingga beberapa
hari baru sembuh. Krim ini tidak menyebabkan luka bernanah dan menyurutkan bengkak
dan mengurangkan rasa sakit dan akhirnya mempercepatkan sembuh.
Bukti secara kaedah saintifik dan klinikal belum dapat
dibuat sebab saya bukanlah ahli dalam bidang perubatan dan belum dapat sesiapa yang
ingin buat kajian secara sains membuktikan apa yang saya sebut diatas, tetapi testimoni
ramai pengguna yang menghadapi berbagai jenis sakit kulit adalah buktinya.
Sebagai cara supaya selamat diguna saya juga telah hantar krim
ini ke makmal untuk ujian kehadiran 4 jenis logam berat yang berbahaya iaitu arsenic,
plumbum, cadmium dan mercury, ternyata keputusannya semua adalah bebas atau
tidak dapat dikesan logam berat ini.
Begitu juga saya telah hantar krim ini ke makmal untuk buat Ujian makrob, iaitu ujian
kehadiran bakteria berbahaya iaitu escherichia coli, stapfylococcus, salmonella
dan Bile-tolerant gram-negative bacteria, ternyata ianya tidak wujud.
Kecuali
ujian kesesuaan kulit saya belum dapat buat dimakmal sebab saya belum tahu di mana boleh dibuat. Dari maklum balas
pengguna selama lebih dari 8 tahun, ada
kes yang sangat kecil dimana pemakaiannya menyebabkan kulit menjadi kemerahan
dan setelah dihenti guna ia hilang begitu saja tanpa menyebabkan sakit kulit.
Selain dari itu semuanya memberi tindak
balas positif melegekan terutama bagi bahagian kulit yang sensitif seperti muka
dan bahagian keliling tempat sulit.
Rumusana saya dari pemerhatian diatas saya berkeyakinan krim ini adalah
selamat diguna untuk memulihkan berbagai
sakit kulit. Walaubagaimanapun sebelum menyapu sepenuhnya uji dulu
sedikit dikawasan kulit bermasaalah jika dalam tempoh 2 jam tidak ada reaksi negative
bermakna boleh guna krim ini sepenuhnya tanpa ragu lagi.
Terima kaseh kerana sudi membaca.Jika ada kesilapan sila beri teguran.
Sekian dulu..
No comments:
Post a Comment