Tuesday, 10 December 2013

Jari Lecur Terkena Besi, Air dan Minyak Panas

Jari Lecur Terkena Periuk Panas

#1a- Ini pengalaman saya sendiri. Jari saya melecur terkena besi panas. Selepas disapu krim tebal dalam beberapa minit saja rasa sejuk dan kurang rasa sakit dalam masa singkat. Selepas beberapa hari gelembung air bisa sudah kecut. Saya tak ingat selepas beberapa lama pula kesan parut hilang. . . Ini yang saya nyatakan dalam khasiat krim jika terkena air panas, besi panas atau minyak panas.
Gambar 1. Pada hari kejadian pada 9/2/2013 terlambat tempel KMB

Gambar 2.  Gelembung air bisa sudah surut mengguna KMB sahaja, diambil pada 17/2/2013 (keadaan selepas 8 hari)

Gambar 3. Baru diambil pada 9/12/2013 sebagai bukti tiada kesan parut, tetapi tak ingat berapa lama kesan parut itu sudah hilang. 



#1b- Dua bulan lepas bulan Sep 2013 isteri saya tersentuh periuk panas di ibu jarinya pada tengah hari semasa memasak, mengadu kepada saya agak lambat sikit, kulit sudah lecur gelembung air bisa. Saya terus tempel tebal2 KMB. Rasa pedih berkurangan tak sampai setengah jam dan terus buat kerja lain didapur. Pada jam ~5 petang asyik bekerja, baru teringat tgh tadi jarinya melecur tersentuh periuk panas. Dia periksa balik jari tersebut dia terkejut kerana didapati kulit kembali normal seolah-olah tak pernah jadi apa-apa.

#1c- Sebelum itu ada lagi kejadian lain yang dimaklumkan oleh kakak yang tinggal di Alor Setar. Anak jiran kakak ipar saya ini umurnya 2 tahun terpegang kedua-dua tapak tanganya pada periuk  emaknya yang panas sedang memasak kuah laksa. Minyak angin atau lain2 ubat tak dijumpai akhirnya emaknya teringat ada KMB. Dia segera sapu KMB diseluruh kedua-dua tapak tangan anaknya. Tangisan anaknya reda selepas beberapa ketika. Kemudian selepas ~ 6 jam, dipereksa tapak tangan anaknya rasa terkejut dan bersyukur kerana  tiada kesan lecur atau gelembung dan kulit yang pada mula-mula merah tadi hilang dan kulit tapak tangan  kembali seperti biasa. Subhanallah.

#1d- Ada lagi satu kejadian dilapurkan. Seorang makcik ini di Jitra. Ditengah malam terperasan suis seterika tak ditutup. Dia meraba tapak seterika dengan jarinya nak pereksa. Cepat2 dia tarik tangan kerana rasa sangat sakit terbakar oleh tapak  seterika yang sangat panas itu. Dia teringat KMB segera dia sapu dikulit tersebut. Dalam masa setengah jam saja rasa pedih terbakar reda, dia teruskan tidor. Esoknya selepas ~6jam didapati tiada kesan lecur dan merah, kulit kembali seperti biasa. Subnallah, dengan izinNya tiada kesan lecur setelah menggunakan KMB ini.

#1e- Ada lagi pengalaman tahun 2005. Saya sendiri bakar getah untuk cucuh dapur. Tiba2 terjatuh getah atas kaki. Sakit tak terkiralah. Saya tempek tebal2 KMB atasnya dalam beberapa minit saja rasa sakit sudah hilang. Diulang sapu bila dah kering selang beberapa hari saja sudah kering gelembung dan dalam seminggu sudah pulih sepenuhnya tinggal sedikit parut. KMB terus disapu ringan berulang selepas 1 bulan saja sudah hilang parut dan kulit kembali seperti sebelumnya.

Ada lagi kes lain yang dimaklumkan tanpa gambar..Terima kaseh sudi membaca.

No comments:

Post a Comment