Pada tahun 2004-2007 anak saya tinggal di asrama sekolah agama rakyat di Sg Petani,Kedah. Setiap kali musim potong padi anak-anak saya ini bila balik hari Khamis petang terdapat tanda-tanda gelembung air bisa seperti melecur di bahagian muka dan tengkok. Rasa pedih sahaja seperti kena kayap. Saya tempel secubis Krim Mutiara Bumi (KMB) diatas gelembung2 tersebut malamnya dan esoknya sudah kering dan pada hari Ahad pagi sudah baik kulit kembali seperti biasa. Pagi Ahad hantar ke asrama. Hujung minggu pula apabila dkembali ke rumah terdapat tanda yang sama. Diulang guna KMB sembuh pada hari Ahad berikutnya. Begitulah kerap berlaku. Apabila di pereksa kawasan sekolah memang ramai dapat sakit seperti itu. Rupa-rupanya ketika tidur ada sejenis serangga di sini di panggil kesing. Ia merayap atas muka yang terdedah apabila tidur kerana bahagian lain diselimuti. Serangga ini dikatakan menghisap darah dan akan tinggal virus dalam kulit. Atau ketika merayap jika kita tamparnya atau menepisnya ia akan tinggal cecair yang yang sangat busuk dan mengandungi virus. Virus ini menyebabkan terjadi gelembung ditempat terkena. Setiap kali saya tempel KMB gelembung itu ia akan hilang.Mungkin virus jenis yang hampir sama dengan virus kayap.Dari itulah antara khasiat KMB untuk rawat gigitan serangga.
Serangga yang dimaksudkan diatas namanya serangga charlie atau kumbang rove. Bentuk rupanya seperti dibawah.
Sila rujuk blog berikut ada dibincang secara lebih terperinci:
http://redzuanrozle.blogspot.com/2012/03/info-serangga-charlie-kumbang-rove.html?showComment=1391709095887#c7498497560233747999
Di Indonesia serangga ini disebut semut kayap mungkin disebabkan kesan gigitannya kulit melepuh dan pedih seperti kena kayap.
Terimakaseh.
No comments:
Post a Comment