Friday 23 May 2014

Cara Berkesan Guna KMB

Cara Guna Krim Mutiara Bumi yang akan beri kesan terbaik

Krim disapu/tempel tebal-tebal atas gelembung kudis/kayap/lecur/bisul atau atas luka atau mana-mana bahagian kulit yang sakit. Selepas di tempel/sapu tebal ia dibairkan terdedah kepada udara dan tidak perlu dibalut dan biarkan krim kering sendiri. Krim yang kering akan melekat pada luka yang belum baik dan sukar dibuang maka dibiarkan begitu kerana ia akan tertanggal sendiri apabila kulit baru sudah tumbuh dibawahnya.Krim yang kering yang tertanggal itu adalah terdiri dari air bisa yang kering bersama dengan kuman/virus/hama/kulat yang mati terlekat pada krim KMB. Buktinya setelah tertanggal kulit baru yang terganti adalah sihat menyalin balik semua corak urat asal kulit sebelum sakit.

Krim yang kering boleh dibasuh dan ditanggalkan jika boleh, dan jika tidak ia dibiarkan melekat diluka dan krim yang baru perlu ditempel semula atas luka tadi. Proses ini boleh diulang seberapa kerap sehari yang boleh. Tetapi sebaiknya selepas mandi atau sebelum tidor malam. Biasanya dalam masa beberapa hari saja insyaAllah sudah beransur pulih dan seterusnya akan baik terus. Sekiranya di sapu nipis-nipis selepas baik insyaAllah parut-parut akan beransur hilang dan kulit kembali seperti asalnya.

Ditempel tebal kerana:-
1. Krim ini berfungsi menyerap dan mematikan kuman/virus/hama/kulat  bersama air bisa dalam gelembung atau luka.
2. Krim bertindak paling berkesan dalam keadaan ia masih lembab/basah. Jika krim sudah kering ia sudah kurang berkesan dan perlu ditempel yang baru.
3. Supaya krim lambat kering kerana jika di sapu nipis ia akan cepat kering dan keberkesanannya akan berkurang. Akan tetapi selagi krim masih melekat pada kulit ia akan menghalang kuman/virus/kulat/hama dari menjakiti luka.

Rumusan diatas adalah dari pemerhatian dan pengalaman saya dan belum dibukti secara saintifik kemungkinan ada kesilapannya. Yang pentingnya ia telah terbukti berkesan dan selamat gunakan dan ramai telah baik setelah menggunakannya dengan izinAllah jua.
T kasih.

No comments:

Post a Comment