Sunday 1 December 2013

Krim Mutiara Bumi - pemerhatian khasiat dan punca sakit kulit

Krim Mutiara Bumi - pemerhatian khasiat dan punca sakit kulit

Krim Mutiara Bumi ini yang telah terbukti berjaya dgn izinNya mengubati pelbagai jenis sakit di kulit yang berasal dari dalam tubuh atau dari luar. Berikut adalah antara rumusan dari pemerhatian dan andaian saya sahaja ( yang bukan ahli perubatan, mungkin betul dan mungkin tidak)  setelah lebih dari 8 tahun diguna uji atas diri sendiri,keluarga, jiran dan kawan-kawan terdekat.

Sakit kulit yang berpunca  dari dalam tubuh seperti elergic kepada makanan laut seperti udang, sotong, ketam dll atau darah kotor akan menyebabkan bahagian kulit tertentu yang lemah, gelembung mengandungi air bisa  yang menyebabkan gatal apabila di garu mengeluarkan air bisa. Ianya mungkin antara cara tubuh mengeluakan toksin dari dalam darah keluar melalui kulit yang lemah. Jika dibiarkan ia akan terdedah kepada  jangkitan kuman dari luar pula yang akan menyebabkan tempat luka bernanah dan bengkak.
Sakit kulit yang berpunca dari luar pula adalah dari jangkitan kuman, bakteria, fungus dan hama menyebabkan kulit yang dijangkiti berair, gatal, berkudis, bernanah dan bengkak kesan darinya. Jika dibiarkan jangkitan akan merebak, bernanah, bengkak dan gatal.
Sakit kulit yang berpunca  dari luar juga adalah seperti luka daripada benda tajam seperti pisau, duri atau gigitan serangga dsbgnya. Jika dibiarkan akan dijangkit oleh kuman dari luar akan menyebabkan luka menjadi bernanah, bengkak dan mungkin gatal. Begitu juga jika terkena air, minyak, getah atau besi panas yang menyebabkan kulit di melecur, bernanah dan bengkak.

InsyAllah dalam semua keadaan tersebut telah diuji guna krim ini sangat berkesan, ada yang segera dan ada yang agak lambat sehingga beberapa hari baru sembuh. Krim ini tidak menyebabkan luka bernanah dan menyurutkan bengkak dan mengurangkan rasa sakit dan akhirnya mempercepatkan  sembuh.
Bukti secara kaedah saintifik dan klinikal belum dapat dibuat sebab saya bukanlah ahli dalam  bidang perubatan dan belum dapat sesiapa yang ingin buat kajian secara sains membuktikan apa yang saya sebut diatas, tetapi testimoni ramai pengguna yang menghadapi berbagai jenis sakit kulit adalah buktinya.
Sebagai cara supaya selamat diguna saya juga telah hantar krim ini ke makmal untuk ujian kehadiran 4 jenis logam berat yang berbahaya iaitu arsenic, plumbum, cadmium dan mercury, ternyata keputusannya semua adalah bebas atau tidak dapat dikesan logam berat ini.
Begitu juga saya telah hantar krim ini  ke makmal untuk buat Ujian makrob, iaitu ujian kehadiran bakteria berbahaya iaitu escherichia coli, stapfylococcus, salmonella dan Bile-tolerant gram-negative bacteria, ternyata ianya tidak wujud.

Kecuali ujian kesesuaan kulit saya belum dapat buat dimakmal sebab saya belum  tahu di mana boleh dibuat. Dari maklum balas pengguna selama lebih dari 8 tahun,  ada kes yang sangat kecil dimana pemakaiannya menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan setelah dihenti guna ia hilang begitu saja tanpa menyebabkan sakit kulit. Selain dari itu semuanya memberi  tindak balas positif melegekan terutama bagi bahagian kulit yang sensitif seperti muka dan bahagian keliling tempat sulit.   


Rumusana saya dari pemerhatian diatas saya berkeyakinan krim ini adalah selamat diguna untuk memulihkan berbagai  sakit kulit. Walaubagaimanapun sebelum menyapu sepenuhnya uji dulu sedikit dikawasan kulit bermasaalah jika dalam tempoh 2 jam tidak ada reaksi negative bermakna boleh guna krim ini sepenuhnya tanpa ragu lagi.

 Terima kaseh kerana sudi membaca.Jika ada kesilapan sila beri teguran.

Sekian dulu..

No comments:

Post a Comment