Friday, 23 May 2014

Cara Berkesan Guna Sabun KMB

Cara Berkesan Guna Sabun KMB

Sabun KMB ini telah rumus dengan bes sabun kosmetik dengan debu KMB, ekstrak daun gelenggang, ekstrak daun sirih, minyak tea hijau, minyak chengkih dan minyak peppermint. Ia ditambah wangian plum yang berbau lembut dan menyegarkan.

Ramuan diatas semua berkhasiat dan berfungsi anataranya untuk membunuh kuman, virus, hama dan kulat secara tradisi.

Sabun KMB ini boleh diguna untuk cuci luka, kudis dan lain-lain sakit kulit dan seluruh badan termasuk kulit muka. Cara terbaik semasa mandi gosok sabun KMB di semua bahagian badan. Gosok lebih banyak di kawasan kulit yang sakit dijangkiti kuman,virus, hama dan kulat sambil digaru-garu ringan supaya ada sdikit luka dibahagian tersebut. Selepas puas digaru-garu dan digosok biarkan buih sabun ini memainkan peranannya dalam lebih kurang 3 minit barulah dibasuh bilas dengan air bersih.

Setelah mandi begitu segera akan terasa lega dan kurang rasa gatal-gatal dan sakit-sakit ditempat sakit. Selepas mandi barulah ditempel/sapu tebal-tebal KMB di tempat-tempat sakit tadi. InsyaAllah dengan cara ini akan cepat pulih sakit kulit yang dihadapai.

Untuk sakit kayap pun sabun KMB ini boleh di gosok cuci atasnya. Cuba dikawasan yang kecil dulu. Jika rasa terlalu pedih tak perlu disabun atasnya tetapi disabun sekelilingnya saja untuk mengelak kayap merebak.

Rumusan diatas adalah dari pemerhatian dan pengalaman saya dan belum dibukti secara saintifik kemungkinan ada kesilapannya. Yang pentingnya ia telah terbukti berkesan dan selamat gunakan dan ramai telah baik setelah menggunakannya dengan izinAllah jua.

T. kasih.

No comments:

Post a Comment