Wednesday, 18 December 2013

Testimoni Rawat Ruam Lampin Baby Dari Umur 2 Bulan

Testimoni Rawat Ruam Lampin Baby Dari Umur 2 Bulan

Anak saudara saya seorang nurse. Dia telah guna krim ini sapu pada kulit anaknya semenjak umur 2bulan sampai sekarang umur 1tahun 10 bulan. Alhamdulillah kulitnya bersih daripada ruam lampin dan sakit2 kulit lain.. 

Ini sebagai bukti KMB selamat untuk dipakai pada anak kecil dari umur 2 bulan lagi. Bagaimanpun mungkin kulit berbeza diantara anak-anak seperti juga bagi orang dewasa. Jadi kena uji dahulu dikawasan kecil kulit. Jika tiada tanda tindakbalas negatif dalam tempoh 2 jam maka bolehlah dengan yakinnya krim ini boleh diguna dengan selamat.

Testimoni Rawat Ibu Jari Cucu Disengat Tebuan

Testimoni Rawatan Ibu Jari Cucu Disengat Tebuan

Pada malam  18/12/2013 cucu saya berumur 3 tahun, bernama Aqif, tak sengaja bermain dengan tebuan. Dengan tiba2 ibujarinya disengat tesbuan.  Melolong-lolonglah sakitnya. Sementara anak saya ambil krim, isteri saya cabut sengat tebuan dan menghisap ibu jarinya untuk keluarkan bisa. Selepas itu dia tempel tebal2 KMB  ditempat kena sengat . Alhamdulillah dalam tempoh tak sampai 1 minit Aqif  sudah berhenti menangis dan bermain seperti biasa seolah-olahnya sudah hilang sakit, walaupun ada sedikit merah tanda bengkak. Pagi esok Aqif bermain seperti biasa dan kesan bengkak sudah hilang tinggal  tanda lubang yang disengat saja. Subnallah KMB ini sangat berkesan untuk hilangkan bisa sengatan serengga berbisa..Eloklah setiap rumah simpan 1 kotak untuk rawatan awal kes kecemasan seperti ini..tkasih.

Tuesday, 17 December 2013

Kulit Muka Lepuh Gigitan Charlie

Kulit Muka Lepuh Gigitan Charlie - sama dengan simptom seperti kayap

 Pada tahun 2004-2007 anak saya tinggal di asrama sekolah agama rakyat di Sg Petani,Kedah. Setiap kali musim potong padi anak-anak saya ini bila balik hari Khamis petang terdapat tanda-tanda gelembung air bisa seperti melecur di bahagian muka dan tengkok. Rasa pedih sahaja seperti kena kayap. Saya tempel secubis Krim Mutiara Bumi (KMB) diatas gelembung2 tersebut malamnya dan esoknya sudah kering dan pada hari Ahad pagi sudah baik kulit kembali seperti biasa. Pagi Ahad hantar ke asrama. Hujung minggu pula apabila dkembali ke rumah terdapat tanda yang sama. Diulang guna KMB sembuh pada hari Ahad berikutnya. Begitulah kerap berlaku. Apabila di pereksa kawasan sekolah memang ramai dapat sakit seperti itu. Rupa-rupanya  ketika tidur ada sejenis serangga di sini di panggil kesing. Ia merayap atas muka yang terdedah apabila tidur kerana bahagian lain diselimuti. Serangga ini dikatakan menghisap darah dan akan tinggal virus dalam kulit. Atau ketika merayap jika kita tamparnya atau menepisnya ia akan tinggal cecair yang yang sangat busuk dan mengandungi virus. Virus ini menyebabkan terjadi gelembung ditempat terkena. Setiap kali saya tempel KMB gelembung itu ia akan hilang.Mungkin virus jenis yang hampir sama dengan virus kayap.Dari itulah antara khasiat KMB untuk rawat gigitan serangga.

Serangga yang dimaksudkan diatas namanya serangga charlie atau kumbang rove. Bentuk rupanya seperti dibawah.
Sila rujuk blog berikut ada dibincang secara lebih terperinci:

http://redzuanrozle.blogspot.com/2012/03/info-serangga-charlie-kumbang-rove.html?showComment=1391709095887#c7498497560233747999

Di Indonesia serangga ini disebut semut kayap mungkin disebabkan kesan gigitannya kulit melepuh dan pedih seperti kena kayap.

Terimakaseh. 



Wednesday, 11 December 2013

Whatsapp

Sya dh boleh di hubungi guna whatsapp 01131064191 semasa dkt wifi. Kalian guna lah lebih jimat..tk

Krim Mutiara Bumi - Ujian Makmal - Selamat diguna untuk luaran

Krim Mutiara Bumi - Ujian Makmal - Selamat diguna untuk luaran

Ujian makmal telah dibuat ke atas Krim Mutiara Bumi di makmal yang di iktiraf ISO. Ujian menunjukkan ianya bebas dari logam berat bahaya seperti Lead, Cadmium, Arsenic & Mercury.

Begitu juga ujian Microb Test ianya bebas dari bakteria berbahaya escherechia Coli, staphylococcus aureus, salmonella, bile tollerant gram-negative bacteria dan pseudomonas aeruginosa.

T Kaseh.


Krim Mutiara Bumi - Cara Guna

Krim Mutiara Bumi - Cara Guna

Asasnya krim ditempel tebal ditempat sakit dan ia berkesan dalam keadaan basah. Jika sudah kering kurang berkesan, tetapi masih baik untuk menghalang kuman masuk dari luar jika ia masih melekat pada kulit yang sakit. Jangan sapu nipis-nipis kerana ia kurang berkesan sebab krim cepat kering. Jika krim dalam celepa kering boleh ditambah air bersih dan dikacau sebelum diguna. InsyaAllah masih berkesan seperti biasa.

Disini saya terangkan cara guna krim untuk mendapat kesan terbaik.

1- Kudis, kayap, bisul, jerawat dll. sepertinya, krim ditempel tebal2 pada tempat sakit supaya ia dapat menyerap air bisa dari luka di bawah kulit.

2- Kudis buta, gatal2 kulit, gatal celah jari kaki dimakan air disebabkan jangkitan fungus atau kulat - sebaiknya digaru dulu sepuasnya sehingga luka2 kulit dan terdedah isi dan gelembung air bisa pecah-pecah dibiarkan sekejap supaya bisa2 keluar kemudian dibasuh bersih2 dengan sabun mutiara bumi atau sabun antiseptic lain. Selepas itu baru ditempel dengan krim tebal2. Akan terasa sejuk dan hilang rasa gatal. Selepas itu jika masih timbul gelembung air bisa ulang lagi seperti sebelumnya. Boleh juga hanya diulang tempal krim tanpa membasuhnya. InsyAllah cepat pulih dan hilang gatal.

3 - Luka - ditempel tebal2 permukaan luka diulang-ulang sehingga darah berhenti, kemudian dibiarkan begitu sehingga diperlukan untuk mandi ambil wuduk dsbgnya. Diulang tampal setelah itu. Krim akan didapati melekat ditempat luka, biarkan begitu disamping ditambah tampal sehingga ia pulih dan kulit baru tumbuh.

4- Kena sengat serangga berbisa seperti tebuan, temingat, semut api  dll - tempel tebal2 seperti bukit kecil diatas tempat kena sengat. Diulang tempel tebal sehingga hilang rasa sakit. Akan terasa berdenyut seolah-olah krim menyerap bisa keluar dan akan pulih cepat.

5- Tertucuk duri atau selumbar - jika boleh dicabut selumbar cabutlah, jika tidak cabut pun tak apa. Krim ditempel di tempat tersebut berulang-ulang. Akan terasa sejuk dan kurang sakit dan tempat luka tidak bengkak dan bernanah. Diulang tampal sehingga kulit mati lama tertanggal bersama selumbar didalamnya dan terganti dengan kulit baru yang elok.

6- Kulit terkena air panas, besi panas, terbakar oleh api dan minyak panas - tempel krim tebal2 merata dikawasan yang terkena.Akan rasa sejuk dan kurang rasa pedih. Jika setelah terkena cepat2 tempel krim insyaAllah kulit tidak gelembung atau melecur. Jika sudah melecur pun selepas beberapa jam insyaAllah air dibawah kulit kering dan jika tidak serious kulit akan kembali seperti sediakala seolah-oleh tidak kena apa.

7- Celah kuku dimakan cekam - krim ditempel tebal pada tempat masalah diulang sehingga hilang buruk2.

8- Kanak demam - secebis krim di bancuh dalam air sejuk kmd dilumur lencun diserata badan. InsyaAllah panas berkurangan dan cepat sembuh. Ini sebagai rawatan awal. Jika tidak sembuh bawa jumpa doktor.

9- Gatal resedung dihidung atau muka - kali pertama disapu tebal di atas hidung atau muka. Selepas 2 atau 3 kali krim disapu nipis sudah cukup setiap kali selepas mandi. InsyaAllah gatal disebabkan resedung berkurangan dan hilang.
10- Pening kepala - ditempel teba2 pada tepi kening atau ditempat yang rasa sakit. InsyaAllah akan rasa berdenyut-denyut di tempat yg ditempel dan dapat melegakan sikit pening-pening.

11- Bengkak bisul, lebam, bengkak disebabkan hentakan benda keras - ditempel tebal2 insyAllah bengkak akan kecut dan rasa kurang sakit.

12- Kulit merah dan gatal seperti terjadinya kelopak garam - jika kawasan keci ditempel saja di kawasan merah bergatal itu. Jika kawasan luas seluruh badan, bancuh sesudu krim dalam air sejuk sehingga agak cair, kmd dicap-cap seluruh badan sehingga basah dengannya, dibiar sehingga kering dan dibairkan insyaAllah rasa gatal berkurangan dan pulih selepas beberapa jam. Dalam kes ini mungkin masalah elergik, erlu ambil ubat elergic untuk baiki dari dalam.

Setakat ini dulu. Saya akan tambahbaik lagi maklumat ini..

Terima kaseh sudi membaca.

Testimnoni Anak Saudara Tangan Disambar Api

Anak saudara saya pelajar perubatan di Mesir tahun 4 tinggal di Sg Petani. Semasa balik kampong peretngahan tahun 2013, ketika nak nyalakan api dapur gas tiba2 sebelah tangannya disambar api dari siku kehujung tangan. Terkejut besarlah dia dan tak pasti apa harus dibuatnya. Minyak angin atau minyak lain tidak ada. Emaknya teringat akan Krim Mutiara Bumi yang ada disimpan dirumahnya yang pernah dimaklum baik mengubat terkena air panas dan apa2 benda panas lain. Lalu tanpa fikir panjang emaknya ambil krim tersebut dan ditempel tebal2 di serata kawasan yang disambar oleh api gas. Selepas ¬1 jam rasa pedih dan panas sudah reda. Selepas beberap hari saja sudah baik dan tidak tinggal kesan lecur atau terbakar sebab bertindak awal sapu KMB. Alhamdulillah. Memang sukar dipercayai. Saya tidak dapat tunjukkan dengan gambar sebab dimaklumkan begitu.

Maka setiap rumah perlu simpan 1 kotak untuk rawat kes kecemasan seperti ini.

TQ